Katanya, kerajaan tidak menaikkan harga gred RON 95 kerana menyedari sebahagian besar rakyat menggunakan petrol yang lebih murah itu.
Justeru, katanya kenaikkan harga petrol gred RON 97 tidak akan menjejaskan peluang BN di Galas kerana ia tidak membabit kebanyakan pengundi.
"Kita subsidi RON 95 lebih dari RON 97, ramai yang guna RON 95 sebab itu kita kawal harganya,” katanya.
Menurut Muhyiddin lagi adalah satu pembohongan bagi mendakwa kerajaan tidak menjaga kepentingan rakyat dengan membenarkan kenaikkan harga itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter semalam bukan satu isu yang patut dimanipulasi.
Ini kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.
"Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif sistem laluan Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.
Beliau berkata demikian berikutan pembangkang yang didakwa menggunakan isu kenaikan harga minyak RON 97 sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan.
Sumber: http://www1.malaysiakini.com/news/147249
No comments:
Post a Comment